Ahad, September 19, 2010

Penyakit Alzheimer

Posted by Mahasiswa UUM at 7:00 PG
Reactions: 
1 comments Links to this post

Penyakit Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.

Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.

Dikenali sebagai penyakit
 'The Long Goodbye', penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih 10 hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.

Menjejaskan Daya Ingatan

Perkara yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.

Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit.

Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.

Berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah. Alzheimer adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit.

Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.

Risiko dan Simptom

Sebaik sahaja menusia mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.

Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.

Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.

Akibatnya, seseorang sukar mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan menguruskan kebersihan diri.

Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.

Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.

Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.

Diagnosis Awal

Sekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga.

Mengesan gejala Alzheimer pada peringkat awal merupakan satu kelebihan. Doktor boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal dementia. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif.

Ketika diagnosis dijalankan, doktor memerlukan maklumat pesakit daripada keluarga dan kawan-kawan, ujian fizikal dan neurologikal serta ujian makmal. Selain itu, doktor akan melakukan ujian neuropsikologikal di samping melakukan imbasan imej menggunakan CT atau Magnetic Resonance Imaging (MRI). Katanya, imbasan PET merupakan langkah utama untuk mendapatkan maklumat.

Sejarah

Pada suatu pertemuan ilmiah, tepatnya di bulan Nopember 1906, seorang dokter berkebangsaan German, bernama “Alois Alzheimer” memberi presentasi temuannya yaitu tentang sebuah kasus yang diderita oleh seorang wanita berusia 51 tahun, bernama “Ny. Auguste D.,”.
Wanita ini dibawa oleh keluarganya pada awal 1901 untuk berobat pada Dr. Alois Alzheimer karena mengalami berbagai masalah kesehatan berupa lupa ingatan, berbagai kecurigaan terhadap suaminya tanpa alasan disertai kesulitan berbicara dan nyaris tak tahu apa yang baru dibicarakan. Tanda dan gejala tersebut terus memburuk dengan cepat, dan hanya dalam beberapa tahun saja, ia sudah tidak mampu lagi untuk beraktivitas (hanya mampu berbaring di tempat tidur). Ny. Auguste D. akhirnya meninggal dunia pada musim gugur di tahun 1906. Dr. Alzheimer, mengaku bahwa dirinya belum pernah menjumpai penyakit dengan tanda dan gejala seperti itu sebelumnya. Dan atas dasar keinginannya mengembangkan dunia kedokteran, maka melalui izin dari keluarga, beliau melakukan bedah mayat (Outopsi) atas jasad almarhumah Ny. Auguste D. Dari hasil outopsi otak Ny.Auguste ditemukan adanya penyusutan materi otak, terutama di bagian Cortex, yaitu lapisan terluar yang menyangkut kemampuan ingatan, berpikir, pengambilan keputusan dan kemampuan berbicara. Di bawah pemeriksaan mikroskopik, beliau juga menemukan penimbunan lemak yang menyebar disekitar kapiler pembuluh darah, juga di dalam sel dan sekitar sel otak, selain itu juga dijumpai sel sel otak yang akan mati dan yang sudah mengalami kematian. Dr.Alzheimer terus mempublikasikan penemuannya itu, dan pada tahun 1910, sampai akhirnya seorang ahli ilmu penyakit jiwa, “Emil Kraepelin” mencatat pekerjaan/penemuan Alzheimer itu dan menggolongkannya penyakit tersebut ke dalam salah satu golongan penyakit “Kerusakan Otak”, serta mengusulkannya dengan menggunakan nama “Penyakit Alzheimer”.

Gizi  & Makanan Sihat Yang Bagi Kesihatan Otak 

Berbagai gizi yang bersumber dari tumbuhan (Herbal), menjadi pilihan utama, terutama yang mengandung cukup vitamin dan asam amino.Makanan yang mengandung Vitamin seperti Asam Folat, B12 serta vitamin D setiap hari dapat memelihara dan meningkatkan kemampuan daya ingat (memori). Asam lemak essensial dalam bentuk “Omega 3”, serta berbagai biji bijian (termasuk ekstrak biji anggur) sangat perlu untuk dikonsumsi secara rutin sebagai tambahan pada makanan sehari-harinya. Gizi yang terdapat di dalam susu (Susu Kambing) juga banyak membantu. Perhatian khusus juga dilakukan terhadap buah buahan dan sayur mayur. Suatu alasan yang tepat dan bijak, kerana buah buahan mengandung cukup vitamin, antioksidan, serta zat hijau daun yang berasal dari sayuran, dianggap berguna untuk melakukan pencegahan dan melindungi otak dari berbagai resiko kerusakan. Berbagai tinjauan kepustakaan sangat besar manfaatnya bagi para awam, agar dapat membuat keputusan yang tepat, dalam hal memilih makanan kesihatan – supplemen yang bermanfaat dan efisien dalam pengeluaran dana.

Panduan Bagi Penjaga

* Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.

* Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.

* Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.

* Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.

* Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. Kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.

* Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka.

* Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.

~LIYANA BINTI KHAIRUDDIN
~195488

Khamis, September 16, 2010

Obesiti

Posted by Mahasiswa UUM at 12:57 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Obesiti

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. 

Siapakah yang tergolong dalam obesiti:

1)      Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
2)      Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
3)      Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
4)      Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
5)      Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Cara Mengira BMI
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)
Indeks Jisim Badan
Status
BMI

Kurus
Kurang 20.6

Normal
20.7 - 26.4

Gemuk
26.5 - 30.9

Obesiti
31.0 - 45.2

Bahaya
Lebih 45.3

Makanan dan kesesuaian
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat. 

Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

1)      Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
2)      Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
3)      Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
4)      Berjalan-jalan, berkebun.
5)      Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kesimpulannya, obesiti merupakan satu perkara yang amat serius dalam kehidupan masyarakat kini. Oleh itu, menjaga kesihatan adalah satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap orang. Masyarakat sewajarnya mengambil perhatian tentang perkara tersebut dengan pengambilan makanan yang seimbang dan mengamalkan senaman. Hal ini kerana harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatan dan bukan wang. Kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.

CHIEW YAW YI (195550)

Rabu, September 15, 2010

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMPERTINGKATKAN TARAF KESIHATAN MASYARAKAT

Posted by Mahasiswa UUM at 8:59 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
PERANAN KERAJAAN DALAM MEMPERTINGKATKAN TARAF KESIHATAN MASYARAKAT
PENGENALAN
Badan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai satu tahap atau keadaan dimana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Sejak kebelakangan ini, kita mendapati banyak penyakit dijangkiti dan merebak dalam kalangan masyarakat. Oleh hal demikian semua pihak termasuk kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat. Kerajaan merupakan badan yang mempunyai kewajipan untuk menjaga dan memelihara kebajikan masyarakat agar rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup. Disini, kita tidak dapat menafikan peranan dan insentif kerajaan dalam  meningkatkan  taraf kesihatan bukan sahaja menekankan aspek pencegahan penyakit malah  menawarkan mutu perkhidmatan rawatan yang berkesan  serta mempromasikan dimensi  kesihatan yang positif dan menjurus ke arah kesejahteraan hidup.

PERANAN 1: PERKHIDMATAN RAWATAN YANG EFEKTIF
          Apabila kita  mengaitkan kerajaan dengan kesihatan, maka disini hospital kerajaan memainkan peranan penting. Pada masa kini, kerajaan mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital. Kerajaan akan terus melaksanakan langkah bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang memuaskan. Untuk ini, kerajaan sedang dan telah membelajakan berbilion–bilion ringgit untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, memperolehi bekalan ubat dan menyediakan kemudahan kesihatan.
                  Disamping itu, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan kawalan penyakit berjangkit dan perkhidmatan di unit rawatan rapi seta rawatan dalam kadar rendah. Contohnya, kerajaan mengambil insentif tinggi untuk membendung penyakit HINI daripada merebak. kerajaan juga melatih lebih ramai jururawat di pusat latihan awam dan swasta untuk mengatasi kekurangan jururawat di hospital . Di samping itu, untuk mengekalkan Pegawai Pakar Perubatan Kerajaan di hospital atau klinik Kerajaan, Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) akan dilaksanakan di hospital. Pakar perubatan dibolehkan menerima sebahagian daripada bayaran yang dikenakan ke atas pesakit FPP, berkuatkuasa 1 Januari 2008.  Bagi menggalakkan sektor swasta melabur dalam kemudahan makmal bertaraf antarabangsa bagi tujuan menguji peralatan perubatan, kerajaan mencadangkan galakan Taraf Perintis 100 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus selama 5 tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam aktiviti berkenaan.

PERANAN 11: PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT

                  Selaras dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada merawat, kerajaan sentiasa mempromosikan langkah-langkah pencegahan daripada penyakit untuk menjaga kesihatan maasyarakat. Terdapat tiga tahap atau dimensi dalam aspek pencegahan iaitu pencegahan primer, sekunder dan tertier. Pencegahan primer merupakan kerajaan mengelakkan setiap individu mengambil tindakan untuk mencegah dari berpenyakit atau ketidakupayaan atau kecacatan. Antara contoh tindakan ialah imunisasi dan vaksinasi. Pencegahan sekunder pula melibatkan pengenalpastian di peringkat awal keadaan kesihatan seseorang individu. Misalnya kerajaan sering mengalakkan setiap individu melakukan pemeriksaan perubatan dan fizikal untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami penyakit diabetis (kencing manis), hipertensi (darah tinggi) atau kegagalan jantuing, individu juga sering melakukan pemeriksaan gigi atau mata untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik. Aspek pencegahan tertier pula membabitkan tindakan diambil untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan individu akibat daripada penyakit yang sedang dialami seseorang individu. Kerajaan sentiasa mengalakkan individu untuk mengambil rawatan dan ubat-ubatan yang sepatutnya diambil oleh  individu yang berpenyakit.

PERANAN 111: MEMPROMASIKAN DIMENSI KESIHATAN YANG POSITIF DAN MENJURUS KE ARAH KESEJAHTERAAN HIDUP.
         
          Kerajaan mengambil peranan utama dalam meningkatkan kesihatan dan sebagai sumber yang bernilai untuk menggalakkan masyarakat mengambil langkah positif terhadap kesihatan sendiri. Kerajaan juga menggunakan agen-agen perubahan masyarakat seperti guru, murid sekolah, pekerja sukarela kesihatan dan pemimpin masyarakat untuk promosi kesihatan bagi mencapai perubahan sikap dan tingkahlaku yang diingini terhadap kesihatan. Kerajaan juga telah melancarkan kempen "Pemakanan yang Sihat" pada tahun 1997.
           Beberapa kaedah telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kempen tersebut berjalan lancar serta berkesan. Kerajaan dalam usahanya mempromosi kesihatan banyak menekankan kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat melalui kempen anti merokok, anti alkohol dan anti dadah.

Sistem kesihatan di kawasan luar bandar juga perlu dipermajukan oleh kerajaan. Usaha akan terus ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan mengutamakan program kesihatan dan rawatan dengan memperbanyakkan perkhidmatan sokongan. Di samping itu, visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisi untuk perkhidmatan, produk dan pendidikan kesihatan. Kerajaan melaksanakan satu sistem untuk memperbaiki pengagihan  maklumat kesihatan kepada masyarakat umum oleh anggota professional kesihatan supaya setiap individu mudah mendapat maklumat promosi kesihatan serta menggunakan teknologi-teknologi promosi kesihatan sepenuh dan seluasnya, umpamanya pendidikan kesihatan, untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan matlamat-matlamatnya dan menanam sikap positif terhadap kesihatan dan cara hidup sihat bagi meningkatkan kesihatan dikalangan individu dan masyarakat.

PENUTUP
     Secara kesimpulan, kerajaan memberi penekanan  kepada sudut promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan serta pemulihan dan pengekalan sistem kesihatan yang efisen dan adil Kerajaan memainkan peranan untuk mencapai Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset bernilai, dan mengambil langkah positif untuk meningkatkan lagi serta mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu. Kerajaan perlu terus mempergiatkan dan mengambil langkah-langkah drastik untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

Sareswati a/p Balakrishnan
130202

Selasa, September 14, 2010

Kebersihan

Posted by Mahasiswa UUM at 11:14 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post

       Setahu kita,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana kebersihan merupakan tonggak kehiduapan yang selesa dan harmoni. Apabila kita membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat tentang aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.Kebersihan meliputi hal-hal tersebut seperti kebersihatn badan,kebersihan persekitaran tempat tinggal,kebersihan makanan,kebersihan pakaian, dan sebagainya.

        Kesihatan boleh dikatakan sangat mahal harganya dalam kehidupan kita.Badan yang bersih baru boleh melahirkan badan yang sihat. Walaupun kita memiliki segalanya tetapi kita dalam keadaan sakit,segala yang dimiliki oleh kita itu adalah tidak berguna. Oleh demikian,kebersihan badan adalah  penting dan utama kepada kita.Untuk mngekalkan kebersihan badan  perkara-perkara seperti mandi,mengosok gigi,mencuci muka,mengemaskan rambut,mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya adalah perlu dilakukan oleh setiap individu dalam kehidupan kita.Selain itu,kita juga perlu menjaga kebersihan pakaian kita.Pakaian yang kotor akan menimbulkan penyakit seperti penyakit kulit dan gatal-gatal pada pada badan.Oleh itu,kita perlu setiap hari menukar pakaian yang bersih dan mencuci pakaian yang telah kotor.

              Kebersihan persekitaran tempat tinggal juga perlu diperihatinkan. Tempat tinggal yang bersih akan membuat kita nyaman tinggal di dalamnya manakala tempat tinggal yang kotor dan kumuh adalah  tidak baik bagi kesihatan kita kerana udara yang kita hirup  adalah tidak sehat lagi dan hal itu akan mempengaruhi kesehatan kita. Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama perlu memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat tinggal.
      
         Di samping itu,kita perlu menjaga kebersihan dari segi makanan.Makanan adalah keperluan      asas dalam kehidupan kita.Oleh itu,menjaga kebersihan makanan adalah amat penting.Menjaga kebersihan dari segi makanan dapat mengelakkan keracunan makanan, infestasi haiwan perosak dan menghasilkan makanan yang selamat.Makanan boleh dicemari oleh bakteria di badan manusia,haiwan,udara,air,sampah sarap, makanan mentah, dan sebagainya.Oleh demikian,kita harus menjaga kebersihan makanan mulai dari tahap sebelum dimasak,makanan yang hendak dimasak perlu dicuci sampai bersih baharu boleh dimasak.Selain daripada itu,makanan perlu dimasak dengan benar dan minuman perlu dimasak sampai mendidih supaya bakteria di dalamnya mati.Ini dapat membantu kita menghindari penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, loya, demam dan sebagainya.             

           Secara keseluruhannya,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan kita,tidak kiranya kebersihan diri,kebersihan makanan ataupun kebersihan tempat tinggal.Kebersihan telah memberi pengaruh yang besar ke atas kesihatan seseorang.Kita perlu mengingati bahawa menjaga kesihatan baharu boleh mempunyai badan yang sihat.

 PHOON JIA VOON    205594

GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT

Posted by Mahasiswa UUM at 1:59 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post

GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT
Trend semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat.Walau bagaimanapun, ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi.Berikut adalah enam cara hidup yang tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat masa kini.

Amalan tidak bersarapan pagi
Ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat tentang kepentingan mengambil sarapan pagi.Mereka meninggalkan sarapan pagi dengan pelbagai alasan seperti tiada selera makan pada waktu pagi dan tidak sempat untuk menyediakan sarapan pagi.Namun begitu,kajian sains di seluruh dunia telah membuktikan bahawa sarapan pagi adalah penting untuk kita.Sarapan merupakan makanan untuk otak.Otak kita akan menjadi lebih cergas,peka,dan focus dengan bersarapan secara tetap.Seterusnya,secara tidak langsung mendatangkan pengaruh yang positif kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka.Individu yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.Hal ini demikian kerana karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrient dalam otak

Penyalahgunaan dadah
  Bilangan penagih dadah telah semakin bertambah pada masa ini.Dadah mempunyai fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan.Malah dadah telah disalahgunakan oleh masyarakat.Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan ialah morfin,heroin,kokain,ganja dan amfetamia.Penyalahgunakan dadah yang berterusan akan menjejaskan kesihatan mental seseorang.Berat badan seseorang yang menyalahgunakan dadah secara berterusan akan semakin berkurangan akibat daripada tidak berselera untuk makan.Selain itu,mata sering berair dan kelihatan merah.Saiz mata berbeza sama ada lebih besar ataupun lebih kecil daripada keadaan normal.

  Ketagihan alcohol
  Pengambilan sedikit alcohol dapat menyempuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alcohol dan seterusnya boleh membawa kepada ketagihan alcohol.Ketagihan alcohol akan menjejaskan kesihatan seseorang.Kesan kepada ketagihan alcohol ialah alcohol akan merosakkan tindak balas reflex mental,fizikal dan organ hati.Masalah jantung dan tekanan darah akan terjadi akibat ketagihan alcohol.Ketagihan alcohol juga akan menyebabkan penyakit kongenital dan sindrom otak organik.

  Perlakuan seks bebas
  Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan remaja yang tidak berfikiran matang.Pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka telah mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas.Amalan gaya hidup seks bebas yang tidak sihat ini telah menjadi punca utama kepada  pelbagai penyakit jangkitan seks.Perlakuan seks bebas akan menyebabkan jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhea,Chlamydia,herpes,syphilis,AIDS dan sebagainya.

Tidak prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur
  Ramai di kalangan masyarakat moden ini telah mengabaikan masa rehat dan masa tidur mereka.Kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi.Tempoh tidur yang cukup bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan jam.Tempoh  masa tidur ini akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina sel-sel baru dan proses metabolism dapat dijalankan dengan lancar.

Tabiat buruk merokok
   Budaya merokok merupakan satu tabiat yang amat buruk. Apatah lagi ia memberi impak negatif terhadap sistem tubuh badan kita. Rokok dibuktikan secara saintifik mampu mendatangkan seribu macam penyakit kronik. Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoleh kanser paru-paru.Selain itu,perokok juga mudah mendapat strok dan menghidap penyakit jantung
  Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan kita.Dengan ini,kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang.Gaya hidup sihat dapat membantu dalam mencegah jangkitan penyakit.

      CHAN SIN YIE   205609
                                                                                                                                                                                                          
Isnin, September 13, 2010

GAYA HIDUP SIHAT

Posted by Mahasiswa UUM at 5:22 PTG
Reactions: 
10 comments Links to this post
                                    
GAYA HIDUP SIHAT
        Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik

       Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan

       Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.

c) Mendisiplinkan masyarakat

     Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain..

a)   Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju.

b)  Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.

c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat

a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat

    b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakan- rakan

       c) Mengambil rehat yang mencukupi

  d) Melakukan aktiviti fizikal

 e) Menjaga kebersihan

       Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.
                                                                                                      
SAGUNTALAH A/P KRISHNAN
130160
                                                                                                               
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesihatan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal