Isnin, Ogos 30, 2010

SENAMAN

Posted by Mahasiswa UUM at 1:04 PG
Reactions: 
4 comments Links to this post

         Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Contoh senaman ialah seperti berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal.
          Di Malaysia, penyakit jantung koronari merupakan pembunuh nombor satu. Bagi penyakit diabetes, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit tersebut. Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. Gejala ini jika tidak ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam yang serius. Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah ini.
         Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendak ialah dengan melakukan aktiviti yang sederhana kuatnya atau intensiti, sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul untuk 5 hari atau lebih dalam seminggu dan melakukan aktiviti yang lasak sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, untuk 3 hingga 5 hari seminggu. Senaman hendaklah dilakukan secara perlahan lahan dan intensitinya ditingkatkan beransur ansur. Faedah senaman dan aktiviti fizikal banyak. Kesannya meliputi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.

          Antara faedahnya ialah meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system peredaran darah. Hal ini kenrana senaman menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya. Ini dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi lalu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dan meningkatkan peredaran darah di seluruh badan serta meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen. Senaman  menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan. 

        Senaman juga dapat meningkatkan kecepatan pergerakan dan kelembutan badan dan mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta masalah sakit belakang dan pinggang. Ini boleh meningkatkan prestasi dalam sukan dan memperbaiki tonus dan postur. Lalu menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal. Senaman akan menambahkan kekuatan dan daya tahan otot. Dimana otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat barang yang berat. Malah bersenam dengan keluarga mahupun kawan boleh meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

          Bersenam boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesity atau kegemukan. Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan. Senaman membantu membakar lemak badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat. Bersenam juga mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan membantu tidur dengan nyenyak. Akibatnya kita mempunyai keyakinan diri, kehidupan ceria & ketenangan fikiran.

          Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan senaman dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan. Juga, telah terbukti bahawa cara hidup sedentari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis, kemurungan dan keresahan. Senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Marilah kita semua mula bersenam dari hari ini.
~ Kok Jye Weei
205607

Sabtu, Ogos 28, 2010

ketegangan...

Posted by Mahasiswa UUM at 10:25 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post

Holmes dan Rahe mentakrifkan ketegangan sebagai tindak balas fizikal dan psikologi negative yang berlaku apabila seseorang individu gagal memenuhi sesuatu tuntutan atau jangkaan terhadap diri dalam jangka masa yang singkat.

Jika seseorang itu menghadapi ketegangan,kelihatan dia sentiasa letih,akan sentiasa merasa bimbang, merasa tidak bersemangat, cepat marah, sukar untuk tidur, badan mudah diserang penyakit, tingkah laku dia akan berubah seperti tabiat merokok yang meningkat, penggunaan alkohol dan dadah untuk melarikan ketegangan dan sebagainya. Oleh itu, kesannya ialah akan menjejeskan kesihatan seseorang itu.

Jika anda ingin memiliki kesihatan yang sihat, anda tidak boleh melarikan diri sebaliknya anda perlulah belajar untuk menguruskan ketegangan. Langkah yang menguruskan ketegangan seperti berikut:

Pertama, mengenal pasti punca ketegangan iaitu anda perlu mengenal pasti apa-apa ketegangan yang anda dihadapi.

Kedua, mengenal pasti tahap ketegangan. Tahap ketegangan dibahagi kepada 3 iaitu tahap normal, tahap sederhana dan tahap tinggi. Tahap ketegangan yang berlainan memerlukan tindakan yang berlainan diambil. Tahap ketegangan boleh dilihat daripada 3 dimensi iaitu psikologi, fisiologi dan tingkah laku.

Ketiga ialah memberikan latihan untuk mengatasi ketegangan. Latihan ketegangan ialah satu bentuk kemahiran dan pengetahuan bagi anda untuk bertujuan menangani ketegangan dalam kehidupan seharian.

keempat, memilih teknik yang sesuai untuk menguruskan ketegangan. Teknik yang paling sesuai untuk menguruskan ketegangan adalah bergantung kepada punca dan tahap ketegangan yang anda dihadapi.

Kesimpulannya, jika anda ingin memiliki kesihatan yang sihat, maka anda perlulah belajar menguruskan ketagangan kerana jika ketegangan tidak mengurus dengan baik, ia akan menjejeskan kesihatan anda.
                             
                                                                                                                                      TAN SHU QIN
                                                                                                                                             206580

Pemakanan Seimbang

Posted by Mahasiswa UUM at 9:35 PTG
Reactions: 
3 comments Links to this post

Kesihatan itu merupakan kekayaan bagi manusia.Bahkan kata badan sihat,otak cerdas.Maka,pemakanan seimbang adalah salah satu langkah yang effetik untuk menjamin kesihatan.Dengan itu,kita boleh merujukan kepada piramid makanan yang merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.Makanan yang seimbang perlu mempunyai 5 kumpulan nutrient seperti karbohidrat,protein,lemak,vitamin,serat dan galian yang terdapat dalam paras-paras berbeza piramid makanan.

Terdapat 4 paras dalam piramid makanan.Mari kita melihat gambar rajah di bawah.Paras1 merupakan kumpulan karbohidrat dan galian serta digalakkan makan dengan terbanyak.Ia juga membekalkan merupakan sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti .Contohnya,nasi,mi,roti,bijirin,ubi. Paras2 ialah kumpulan serat dan digalakkan untuk makan banyak.Ia merupakan sumber serat untuk membantu system penghadaman dan mengelakkan sembelit.Contohnya,buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.
 
Paras3 ialah kumpulan protein dan vitamin.Ia digalakkan untuk makan serdehana.Ia merupakan sumber amino acid untuk pertubuhan sel dan tisu-tisu baru untuk badan.Contohnya:ikan,daging,susu,telur. Paras4 ialah kumpulan lemak.Ia digalakkan makan paling sedikit.Ia merupakan sumber tenaga yang tersimpan dalam badan.Contohnya:minyak,marjerine
 
Kesihatan kita akan dijamin jika mengikut piramid makanan.Selain itu,buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang juga merupakan pilihan yang tepat dan sihat untuk kita.Kaedah penanaman organik adalah semula jadi iaitu tanpa sebarang bahan kimia ,racun perosak,baja organik.Maka,pengguna perlu memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah selamat dimakan dengan mengendalikan cara memilih, menyimpan, menyediakan yang betul .Ini untuk mengelakkan zat buah-buahan dan sayur-sayuran  daripada kehilangan. Akhir kata, corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.Oleh itu,marilah kita sama-sama untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang demi jaminan kesihatan sendiri.

  Peh Mei Lian 206584

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesihatan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal