Isnin, Ogos 30, 2010

SENAMAN

Posted by Mahasiswa UUM at 1:04 PG
Reactions: 

         Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Contoh senaman ialah seperti berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal.
          Di Malaysia, penyakit jantung koronari merupakan pembunuh nombor satu. Bagi penyakit diabetes, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit tersebut. Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. Gejala ini jika tidak ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam yang serius. Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah ini.
         Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendak ialah dengan melakukan aktiviti yang sederhana kuatnya atau intensiti, sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul untuk 5 hari atau lebih dalam seminggu dan melakukan aktiviti yang lasak sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, untuk 3 hingga 5 hari seminggu. Senaman hendaklah dilakukan secara perlahan lahan dan intensitinya ditingkatkan beransur ansur. Faedah senaman dan aktiviti fizikal banyak. Kesannya meliputi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.

          Antara faedahnya ialah meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system peredaran darah. Hal ini kenrana senaman menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya. Ini dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi lalu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dan meningkatkan peredaran darah di seluruh badan serta meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen. Senaman  menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan. 

        Senaman juga dapat meningkatkan kecepatan pergerakan dan kelembutan badan dan mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta masalah sakit belakang dan pinggang. Ini boleh meningkatkan prestasi dalam sukan dan memperbaiki tonus dan postur. Lalu menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal. Senaman akan menambahkan kekuatan dan daya tahan otot. Dimana otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat barang yang berat. Malah bersenam dengan keluarga mahupun kawan boleh meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

          Bersenam boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesity atau kegemukan. Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan. Senaman membantu membakar lemak badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat. Bersenam juga mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan membantu tidur dengan nyenyak. Akibatnya kita mempunyai keyakinan diri, kehidupan ceria & ketenangan fikiran.

          Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan senaman dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan. Juga, telah terbukti bahawa cara hidup sedentari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis, kemurungan dan keresahan. Senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Marilah kita semua mula bersenam dari hari ini.
~ Kok Jye Weei
205607

0 comments on "SENAMAN"

Catat Ulasan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Kesihatan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal