Setahu kita,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana kebersihan merupakan tonggak kehiduapan yang selesa dan harmoni. Apabila kita membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat tentang aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.Kebersihan meliputi hal-hal tersebut seperti kebersihatn badan,kebersihan persekitaran tempat tinggal,kebersihan makanan,kebersihan pakaian, dan sebagainya.
Kesihatan boleh dikatakan sangat mahal harganya dalam kehidupan kita.Badan yang bersih baru boleh melahirkan badan yang sihat. Walaupun kita memiliki segalanya tetapi kita dalam keadaan sakit,segala yang dimiliki oleh kita itu adalah tidak berguna. Oleh demikian,kebersihan badan adalah penting dan utama kepada kita.Untuk mngekalkan kebersihan badan perkara-perkara seperti mandi,mengosok gigi,mencuci muka,mengemaskan rambut,mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya adalah perlu dilakukan oleh setiap individu dalam kehidupan kita.Selain itu,kita juga perlu menjaga kebersihan pakaian kita.Pakaian yang kotor akan menimbulkan penyakit seperti penyakit kulit dan gatal-gatal pada pada badan.Oleh itu,kita perlu setiap hari menukar pakaian yang bersih dan mencuci pakaian yang telah kotor.
Kebersihan persekitaran tempat tinggal juga perlu diperihatinkan. Tempat tinggal yang bersih akan membuat kita nyaman tinggal di dalamnya manakala tempat tinggal yang kotor dan kumuh adalah tidak baik bagi kesihatan kita kerana udara yang kita hirup adalah tidak sehat lagi dan hal itu akan mempengaruhi kesehatan kita. Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama perlu memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat tinggal.
Di samping itu,kita perlu menjaga kebersihan dari segi makanan.Makanan adalah keperluan asas dalam kehidupan kita.Oleh itu,menjaga kebersihan makanan adalah amat penting.Menjaga kebersihan dari segi makanan dapat mengelakkan keracunan makanan, infestasi haiwan perosak dan menghasilkan makanan yang selamat.Makanan boleh dicemari oleh bakteria di badan manusia,haiwan,udara,air,sampah sarap, makanan mentah, dan sebagainya.Oleh demikian,kita harus menjaga kebersihan makanan mulai dari tahap sebelum dimasak,makanan yang hendak dimasak perlu dicuci sampai bersih baharu boleh dimasak.Selain daripada itu,makanan perlu dimasak dengan benar dan minuman perlu dimasak sampai mendidih supaya bakteria di dalamnya mati.Ini dapat membantu kita menghindari penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, loya, demam dan sebagainya.
Secara keseluruhannya,kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan kita,tidak kiranya kebersihan diri,kebersihan makanan ataupun kebersihan tempat tinggal.Kebersihan telah memberi pengaruh yang besar ke atas kesihatan seseorang.Kita perlu mengingati bahawa menjaga kesihatan baharu boleh mempunyai badan yang sihat.
PHOON JIA VOON 205594
4 comments on "Kebersihan"
hi.. sangat bagus info dari blog anda.. mohon untuk share sedikit sebanyak info dari blog ini ke blog saya.. mohon join blog saya juga ya... sama2 kita bertukar2 ilmu... tq
kebersihan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan kita. nk sihat kena jaga la persekitaran kita. bersih la rumah dan tempat kediaman kita agar sentiasa bersih. ia dapat mengelakkan kita terkena penyakit yg berbahaya
ulasan bukan macam ini.
Ini karangan hahaha
Catat Ulasan